Wednesday, March 31, 2010
Kecik Besau
Siri beberapa perkara kecil berturutan biasanya adalah penyebab kepada berlakunya suatu perkara besar, dalam kita sedar atau tidak...
Tuesday, March 30, 2010
Pray for Din Beramboi
To Encik Mior Mohd Fuad (Din Beramboi) hope that you can do it. We will keep praying for you.
Saturday, March 27, 2010
Friday, March 26, 2010
Thursday, March 25, 2010
Pemimpin
25 Ciri Pemimpin
SMK Ayer Keroh
25March2010
Kalau Engkau Jadi Pemimpin
Kalau engkau ingin jadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi BAPAK
Bertanggung jawab kepada mereka?
Kalau engkau menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi EMAK
Sebagai tempat bermanja-manja?
Kalau engkau menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi GURU?
Dalam membimbing mereka
dan
Kalau engkau jadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi KAWAN?
Sebagai Teman, di mana-mana…
Centado
2010
Wednesday, March 24, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Balasan
Tidak Allah balas perbuatan setiap hambanya melainkan balasan yang berlipat kali ganda
daripada perbuatan hambaNya yang ikhlas
Pagi, Petang, Siang, Malam
Pagi kita buat salah, tengahari kita tersedar, petang kita menyesal, dan malam kita bertaubat, tapi esok pagi kita buat semula salah yg serupa.
Nikmat Bakti
Mungkin BAKTI yg kita buat walau tanpa rela mampu menidakkan MUSIBAH yg sepatutnya menimpa, siapa tahu...
1, 2, 3, 4, 5, ....
satu:bernilai, dua:berharga, tiga:baik, empat:biasa, lima:menyesal kerana meneruskan dari 1,2,3 dan seterusnya...
The Friend
'Truly Deeply Madly' great friend is a friend that always be 'The Friend' for the 'Friend' eventhough the 'Friend' know nothing anymore about the friendship that being carried...
Monday, March 22, 2010
Beri Terima
Yang menerima selalu berpendapat 'mereka perlu mendapat lebih daripada yang mereka terima', sedangkan, yang memberi, sebenarnya sudah memberi melebihi daripada yang menerima patut terima
Sunday, March 21, 2010
Kesan Amarah
Dalam banyak keadaan, walaupun kita di pihak yang benar, jika kita tangani keadaan dengan AMARAH, kita akan akhirnya keluar sebagai pihak yang tewas di penghujung cerita
Persekitaran Kita
Lebih banyak kita bersabau dengan persekitaran
Lebih banyak tumpahnye kasih sayang persekitaran kepada kita
Along
Seorang ALONG daripada keluarga yang susah/sedarhana perlu ada kekuatan emosi, mental dan material untuk menangani keperluan Ayah, Ibu, Angah, Acik, Usu dan DIRI SENDIRI yang kadangkala menerpa pada masa yang serentak
Secantik
Secantik mana pun perempuan, sehensem manapun lelaki, kentutnya tetap membusuk menerawang menyerkup bumi
Saturday, March 20, 2010
Friday, March 19, 2010
Door and Key
Every door have their key itself.. but, some key are the master key that can be used to open apa pintu ponnnn!
Malaikat
Kalaulah malaikat itu seperti polis: menyaman, menangkap dan mendakwa kita atas segala dosa..
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, March 17, 2010
Mengadap Raja
Semasa memohon mengadap Raja Segala Raja, sembah diangkat longlai tanpa semangat. Sedikit pun tidak terasa debaran di hati, sedikit pun tidak terasa takut di jiwa. Tidak seperti semasa mengangkat sembah di hadapan sultan di istana, tidak seperti semasa menghulur cium tangan pemerintah di dunia...
Summation of Perfection
When it is "a summation of parts working together in such
a way that nothing needed to be added, taken away or altered",
it should exactly describe as PERFECT!
Tuesday, March 16, 2010
Monday, March 15, 2010
Katak
Cuba lihat katak,
Walaupun buruk mengerutu,
Hodoh lagi berlendir,
Tetap ditugaskan Allah memanggil hujan,
Menyumbang kepada turunnya rahmat kepada serata alam
Resmi
Biasanya, resmi untuk berjaya:
Sesuatu perlu dikorbankan, untuk membolehkan sebahagian besar yang lain teruskan perjuangan
Sunday, March 14, 2010
Saturday, March 13, 2010
Tikus
Tikus CENCURUT tak kan mampu memenuhi kehendak tarian Tikus PUTIH
(ubahsuaian selepas komentar Najihatul)
Tikus CENCURUT tak kan mampu duduk serumah dengan Tikus PUTIH
:)
Friday, March 12, 2010
Dunia Orang Pandai
Dalam kehidupan di Universiti, jika anda tiada Phd:
maka kerja anda tidak dipandang, usaha anda tidak bagus,
kepimpinan anda tidak berkualiti, dan buah fikir anda terus dibakulsampahkan.
Thursday, March 11, 2010
Wednesday, March 10, 2010
Air Tadah
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali takungannya retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi?
Bisa Mata Kail
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan tercedera dan menderita selagi ia masih hidup
Tuesday, March 09, 2010
Monday, March 08, 2010
Sunday, March 07, 2010
Bukan Asam Garam
Adalah tidak bijak sekiranya segala bentuk malapetaka yang menimpa diri kita, hanya dilihat sebagai asam garam yang mesti ada dalam kehidupan, tanpa kita cuba memikirkan maksud yang tersirat di sebaliknya.
Saturday, March 06, 2010
Friday, March 05, 2010
Thursday, March 04, 2010
Besar
Melepasi satu Ujian Besar dengan baik, pada kebiasaannya Hadiah Besar juga yang tersedia menanti
Tuesday, March 02, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

