Wednesday, January 18, 2012

Panggilan, Nya

Pernahkah diri
rasa berat untuk beribadat? 
         Bila azan berkumandang,
                  terasa berat untuk
segera menyahut panggilan-Nya.
Kenapa demikian?

Perintah, Tuhan

Bila manusia 
    tak cinta pada Tuhan
Perintah-Nya  
dianggap paksaan
       Larangan-Nya, 
dianggap suatu 
  Penganiyaan

Cinta, Tuhan

Bila manusia tak kenal 
Tuhan, manakan 
datangnya rasa 
       Cinta

Tuesday, January 17, 2012

Cerita Insaf

jangan cerita
cerita kebaikan saya
nanti dikhuatiri
saya rasa riak,
ujub, lagi takabbur
Ceritalah,
Cerita keburukan saya
supaya dapat terus saya
berasa rendah hati,
perlu berubah,
dan Insaf akan
kelemahan saya 
disisiNya

Biasa Cerdik

mee bodo 
Biasanye dijual 
peniaga Cerdik

Monday, January 16, 2012

Sedang Mahu

sangat
sukar keadaannya 
bilamana kita dilambakkan 
sekumpulan benda baik 
dan hanya 
dibenarkan memilih
sebahagian sahaja,
Sedangkan 
kita Mahu 
kesemuanya

Sunday, January 15, 2012

Jari

mudah sungguh
kita tunjuk 
Jari
pada orang

Saturday, January 14, 2012

hormat Dia

betapa kita perlu 
hormat 
dan rendahkan diri 
kita walau dengan 
siapa sekalipun,
sebab kita sendiri 
tidak tahu dimana 
letaknya kita 
disisi Dia.

Friday, January 13, 2012

Kadang Lauk

harimau
yang kekenyangan
Kadang kala
menjadi Lauk
kepada
sekawan dubuk

Thursday, January 12, 2012

Your Absolutely

Without 
Your team, 
you are
Absolutely 
nothing

Wednesday, January 11, 2012

Henti

bila kita rasa
tidak lagi
mampu pergi jauh,
segera berHenti,
dan berpatah
balik

Tuesday, January 10, 2012

Always

Legend
will Always
be the
Legend

Darah Dalam

musuh serumpun
mahupun
seDarah
lebih Dalam 
membekas
bekas

Sunday, January 08, 2012

Kesan Lama

Kesan 
yang berbekas
dalam,
biasa meninggalkan
kesan selama
Lama

Tentu Bahagia

khabar gembira,
sungguhpun belum
Tentu berlaku,
sudah memadai,
menerbitkan
rasa Bahagia

Saturday, January 07, 2012

Aishiteru

Yang jauh
tak semestinya 
Jauh,
Yang dekat
bukan semestinya 
Dekat

Punya Nama

bila kita
tidak Punya
nama,
jangan terlalu
risau untuk
menjaga
  Nama

Friday, January 06, 2012

Khutbah Terakhir

KHUTBAH TERAKHIR
NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijrah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu
semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa
pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-
perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti
dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka
sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai
kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah
di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara
yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. 

Itulah 
ALQURAN 
dan
SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. 

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Thursday, January 05, 2012

Not Ever

do Not
underestimate
last minute idea,
Ever!

Wednesday, January 04, 2012

Usaha

setiap selepas
kita Usaha,
 apa yang kita peroleh itu
adalah sebenar-benar
bahagian kita.
tidak lebih, malah
tidak kurang,
barang secubit

Tuesday, January 03, 2012

Ruang Kuat

dalam pertarungan,
jika kita banyak memberi
Ruang,
lawan yang lemah,
akan perlahan-lahan
menjadi
Kuat!

Monday, January 02, 2012

Tidak Betul

dalam kita
berbahasa dengan
jelas dan mudah,
masih ada yang
Tidak mampu faham
akan maksud ayat
ktia dengan
Betul

Kembali

Bila telah jauh
berjalan, jangan pernah
sekali-kali lupa
akan jalan
Kembali

Sunday, January 01, 2012

Baik Tafsir

dalam kita
berniat
  Baik
ada juga yang
tersalah
Tafsir