Saturday, December 31, 2011

Tipu Daya

hanya kejujuran
jalan kemenangan ke
akhirat,
sedangkan
Tipu Daya
adalah acapkali perlu
untuk kemenangan dunia

Silap Betul

kalaupun
kita perlu berbuat
Silap,
biarlah ianya
betul-betul berlaku
pada waktu yang
betul-Betul
perlu

Friday, December 30, 2011

Bagai Ujian

Allah limpahkan rezeki, 
bersekali dugaan 
seBagai 
Ujian.....

Sedang Akhir

apalah sangat
dikejar akan dunia
Sedang
Akhirat menjanjikan
ketidak terhingga'an yang
tidak terhingga

Thursday, December 29, 2011

Complacent

fire and ice
Complacent
each other

Wednesday, December 28, 2011

Strategi

Strategi 
ketika temuduga
adalah jauh lebih penting
berbanding
kerja keras bertahun
tahun

Tuesday, December 27, 2011

Ye Benar

'Ye Benar'
adalah perkataan
paling suka didengar
oleh teman berbual

Monday, December 26, 2011

Belakang

gerakan
menyusup dari
Belakang
seringKali mampu
menimbulkan bahaya
kepada lawan

Sunday, December 25, 2011

Cara Sama

ada dua
Cara
membayar
pendahuluan,
Sama ada di awal,
ataupun pada akhir

Saturday, December 24, 2011

Badut

dimana-mana
   saja
terdapatnya
     peranan
Badut
yang menghangatkan
suasana,

(aku telah lama menjadi 
badut itu
dan kini, mahu bersara)

Friday, December 23, 2011

Cakap Sangat

berCakap
janganlah banyak
Sangat

Thursday, December 22, 2011

SBPA Tidak Ditangguhkan

KENYATAAN AKHBAR
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Berikutan terlalu banyak pertanyaan yang diterima mengenai status pelaksanaan SBPA, adalah dimaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti ditetapkan. JPA bersama CUEPACS akan mengadakan perbincangan esok (23 Disember 2011) bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh CUEPACS.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
22 Disember 2011

Ingin Peduli

kita selalu
Inginkan
sesuatu sedangkan
tidak
Peduli
baik buruknya

Wednesday, December 21, 2011

Cukup Tidak

tiada gunanya
berbekalkan senjata
yang Cukup
ketika berperang,
jika pada akhirnya
senjata itu Tidak
digunakan langsung

Hak

jangan
pernah sekali
kamu ambil sesuatu
melebihi Hak

Tuesday, December 20, 2011

Whistle End

the moment
the Whistle blows
signaling the end of the game,
that's it...
the games
End...

Monday, December 19, 2011

In True

"I am
In pain 
when you lose, 
I can't 
take it well,''
said the 
TrueFren
although you hear
or you don't

Sunday, December 18, 2011

Dukacita

daripada kita
  Dukacita
dengan kegagalan diri,
adalah lebih murni
untuk kita bergembira
dengan kejayaan
orang lain

Saturday, December 17, 2011

Sedar Pergi

bilamana
nama kita sudah
tidak lagi tersenarai
dalam senarai,
harus cepat kita
Sedar,
dan segera
Pergi

Sudah Jauh

janganlah 
jadi macam
dia:
Sudahlah
menyuruh-nyuruh,
berterima kasih
Jauh sekali

Friday, December 16, 2011

Akan Hikmah

jangan
banyak soal
Akan nasib
dan ketentuan
diri.
terimalah
dengan tabah
harunglah dengan
Hikmah

Thursday, December 15, 2011

Seronok

setiap
yang kita beri
dengan rasa
Seronok,
akan lazimnya
menyeronokkan

Wednesday, December 14, 2011

Tidak Mesti

pada ketika
setiap tindakan
boleh menambah parah,
Tidak berbuat
apa-apa adalah
pilihan yang
Mesti

Cerita Cuma

Dalam aku
mahukan Izzah,
Izzah sememangnya 
tertulis milik Harriz,
apatah lagi Cerita itu 
memang milik mereka,
sedang aku 
Cuma Mail, 

sebuah watak sampingan
suatu ceritA

Tuesday, December 13, 2011

Redha Allah

bila kita sudah
puas ikhtiar
namun kesudahannya
tetap tidak seperti
yang kita mahukan,
Redhalah!
dan terimalah
hakikat ketentuan.
percayalah!
Allah 
tidak pernah
anugerahkan sesuatu
yang sia-sia kepada
hamba-Nya

Monday, December 12, 2011

Pesan Guru

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran 
tersebut dan ketika kamu menyampaikan 
sedekah ini katakan bahawa ini adalah 
sedekah daripadaku (nyatakan namaku)
dan pohon mereka doakan aku semoga 
diberkati oleh Allah taala”
kata Tuan Guru ketika memberikan pesanan kepada 
muridnya tersebut.

Ikhlas

bila dihempap
musibah,
lapangkan dada
ikhlaskan
hati
tetapkan iman,
Dia akan sentisa
disisi

Sunday, December 11, 2011

Bakti Segera

bila Allah
pilih kita untuk
berBakti
maka, lakukan
Segera!
jangan sampai tiba masanya
Allah pilih orang lain
untuk nanti ganti
tempat kita

Saturday, December 10, 2011

The Speech

The tribute
always
left us
"Speechless''

Thursday, December 08, 2011

Tiada Berlaku

Akhir Perkara

dalam
sebarang hal
sentiasa letakkan
diri kita
pada turutan keutamaan
terAkhir
dalam setiap tindakan
dan Perkara

Wednesday, December 07, 2011

Luas Wajah

pendamkan kemarahan
dalam-dalam dalam hati
lepaskan keredhaan
Luas-luas
dalam Wajah

Tuesday, December 06, 2011

Sendiri Buat

jangan
banyak sangat
suruh-suruh orang,
Sendiri bangun,
guna kudrat
dan Buat!

Monday, December 05, 2011

Kita Penting

tak kesahlah
dia hormat
Kita
atau tidak
yang Pentingnya
kita memang
hormat dia

Sunday, December 04, 2011

Runcing Belum

jari jari 
yang Runcing
Belum tentu lagi 
pandai bermain
gitar.....

Saturday, December 03, 2011

Ruang Kosong

jangan sekali-kali
membiarkan
Ruang
jawapan anda
Kosong

Friday, December 02, 2011

Jalan, Itu

bila kita
susur
sesuatu lorong
dan tidak ketemu
Jalan,
dan kita susur lagi
lorong tersebut
dan masih juga tidak
ketemu jalan yang dicari,
maka,
jangan pernah lagi
susur lorong
Itu

(Wallahu a’lam bish-shawabi)

Thursday, December 01, 2011

Silau Mata

Soal

jangan
banyak soal
berapa banyak pahala
pernah kita
buat,
yang harus
kita Soal adalah
berapa banyak dosakah
yang selama ini
pernah kita
pikul